Thursday, June 16, 2011

LikU-LiKu KeHiDuPaN...

kata orang masa yang berlalu tak akan kembali lagi, begitulah dengan kehidupan kita seharian..sebagai seorang insan kita tidak terlepas dari mengecap nikmat kebahagiaan dan kekecewaan. permasalahan itu bukanlah alasan untuk kita tidak terus maju ke depan dan menggorak langkah lebih jauh.

saban waktu kita sentiasa di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan, semua itu merupakn liku-liku yang harus ditempuhi setiap insan.setiap kegagalan adalah kunci kepada sebuah kehidupan yang lebih baik..kesungguhan mereka yang mengejar kejayaan adalah satu fenomena yang sangat baik. kata orang "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya".

janganlah mudah mengaku kalah dan lemah ekoran kekecewaan atau kegagalan masa lampu, namun jadikan ia sebagai pengajaran dan sempadan dalam melayari kehidupan pada masa akan datang. percayalah bahawa setipa orang tidaka kan terlepas dari melakukan khilaf sesungguhnya manusia itu lemah sifatnya.

mereka yang kuat semangat adalah mereka yang luar biasa dan berdedikasi untuk berjaya, ayuhlah kita bangkit dan bersama-sama menjadi insan yang kuat material dan spritualnya. semoga coretan saya ini memberi semangat kepada anda yang membacanya..

1 comment:

  1. kepada bakal2 usahawan saya ucapkan selamat berjaya dan berusaha dengan lebih kuat lagi kearah menjadi usahawan bumiputra yang berjaya dan berdaya saing

    ReplyDelete