Thursday, June 16, 2011

TerBaiK Di KeDaI KaKak TeMpOyAk IkaN PatiN (SanGKar Sg) Nd Kari AyaM KmPuNg

di sini saya ingin berkongsi bersama anda antara menu yang terbaik di kafe impian selera kakak yang berada di lebuh raya pantai timur. iaitu laluan utama pluss antara kuala lumpur ke kuantan..

menu istimewa di kedai ini adalah ikan patin masak tempoyak yang sangat sinonim dengan citarasa orang negeri pahang. ia di masak dalam periuk yang berada di hadapan kedai dan sentiasa berada dalam suhu panas. memandangkan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengunjung yang singgah di RNR gambang(kuantan) menyebabkan ia di masak dari pagi 9am-9pm. harga seketul antara rm6-7 ringgit. harga bukan menjadi ukuran kepada pengunjung memandangkan mereka yang pernah menikmati hidangan patin sangkar berpuas hati kerana memenuhi selera mereka.

selain itu, menu ikan bakar dan juga gulai kari ayam kampung sudah sinonim dengan pengunjung tetap yang datang ke kedai.mereka berasa puas hati dengan masakan yang disediakan di kedai ini. kebiasaannya kedai ini menerima tempahan untuk acara konvoi, majlis keramaian, dan pelbagai lagi.

bagi anda dari kuala lumpur yang melalui laluan lebuh raya ke pantai timur jangan ketinggalan singgah di gerai no 6 kafe impian selera untuk merasai sendiri gulai tempoyak ikan patin, kari ayam kampung, ikan bakar special, gulai rebung, jantung pisang masak lemak dan lain-lain.

sebarang tempahan atau pertanyaan
anda boleh terus menghubungi

No comments:

Post a Comment