Friday, June 17, 2011

AnDaI Di TaNya TeNtanG MInatku...INi JaWaPaNnYa...


disebelah merupakan ilustrasi gambar saya sedang memegang 2 jenis ubat herba. inilah jawapan yang bakal saye berikan kepada anda..mungkin kehidupan kita tidak lekang dari pelbagai masalah maka saya lebih cenderung ke arah kajian dalam kehidupan.

untuk pengetahuan anda semua, saya sendiri adalah pengusaha ubat tradisional herba. usia bukan persoalan dan alasan untuk saya mengatakan tidak pada minat yang keterlaluan ini. sekarang saya mempunyai 4 jenis ubat herba 100% berasaskan rempah ratus dan akar kayu asli. jika di tanya bagaimana saya melakukan semua ini? pada usia saya 12 tahun lagi ibu mula membuat herba ini secara kecil-kecilan.
setakat ini tiada sebarang kesan sampingan yang diterima dari penguna malah mereka merasa berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

saya di sini sekadar berkongsi akan hasil setelah menggunakan produk herba ini, kata orang setiap produk yang bakal di jual kita perlu menggunakannya terlebih dahulu, ini salah satu strategi dalam pemasaran. setelah melihat akan keberkesanan herba tersebut saya mula terfikir untuk mengeluarkan ia dari takuk lama.

insyaalah jika mempunyai modal yang besar,saya akan cuba memasarkan produk saya ini secara meluas. setiap langkah perlu dikaji agar tindak tanduk berhasil dengan jayanya..kesejahteraan masyarakat adalah aset dalam sesebuah perniagaan malah ia merupakan tonggak dalam memberikan kesihatan yang maksima kepada penerima.kitaran hidup manusia yang lebih memberikan manfaat di anggap sebagai satu kelebihan pada mereka yang bergelar insan.

antara kelebihan produk herba ini adalah:
1) melegakan senggugut dan menghilangkan masalah keputihan
2) melancarkan perjalanan haid
3) buang angin dalam badan & meningkatkan tenaga batin
4) melegakan sakit kepala, otot & sendi
5) membantu mengempiskan perut nd mengurangkan keletihan badan
6) untuk kesihatan dalaman wanita
7) awet muda

setiap orang yang mengambil herba ini merasai pelbagai pengalaman dan manfaat tersendiri.

Thursday, June 16, 2011

PeMasaRan YG Tepat BeRmuLa DgN StRaTeGi Yg BijAk...

mari melangkah lebih jauh di blog saya, saya bakal membawa anda menghayati dan memahami erti berusaha dalam kehidupan, siapa pun kita niat hanyalah satu iaitu ingin berjaya. kali ini ingin memperkenalkan kepada peminat fanatik separa bundle aksesori lelaki dan wanita penuh bergaya dan berjenama ada di sekitar anda. pengusaha ini baru berusia 26 tahun(kakak) memilih bidang ini kerana ia melihat sgt sesuai dengan jiwanya yang simple dan bergaya.

pelbagai jenis pakaian, seluar jeans, kasut. wallet, toipi, jam dan lain-lain pasti menarik perhatian anda.jika berkesempatan melalui laluan utama kuantan ke temerloh bolehlah singgah di bangunan pasaraya aktif berhadapan masjid bandar maran untuk melihat sendiri jenama kesukaan anda dengan harga yang berpatutan.

untuk pertanyaan boleh menghubungi:

KeLuArAN BuMIPuTeRa YanG TerBaIk Dr PaHanG

kali ini saya ingin berkongsi bersama anda antara pengusaha industri kecil sederhana( iks) yang mengusahakan produk makanan ringan dan kuih-muih tradisional. bermula dari bawah pengusaha yang berusia 32 tahun ini menceburi bidang makanan telah mendorong beliau( kakak) membuka sebuah bengkel sendiri dan memasarkan produk di kedainya sendiri. kata orang setiap usaha berlandaskan ketekunan akan membawa kepada kejayaan dalam kehidupan mereka.

antara produk terbaik dari keluaran usahawan ini adalah maruku tradisional yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli. selain itu beliau juga mendapat tempahan yang tinggi dari pejabat kerajaan sekitar daerah, utk majlis perkahwinan, hamper dan pelbagai lagi.

pada hari perayaan pula, tempahan untuk pelbagai jenis kuih seperti almolondon, tat nenas, kerepek yg pelbagai dan lain-lain kuih mengikut permintaan pembeli.bagi mereka yang sudah biasa akan terus datang ke bengkel yang berada di bandar maran untuk melihat sendiri cara pembuatan makanan ringan ini beroperasi.

pekerja telah diberikan pendedahan terhadap penjagaan pembersihan, prosedur pembuatan makanan dan lain-lain maklumat berhubung etika dan sentiasa menjaga kebersihan sepanjang menjalankan tugas. jika berkesempatan singgahlah di k-shoopes hentian rehat RNR gambang barat kedai no 15 laluan utama kuantan ke kuala lumpur,

kepada pemborong, pengusaha dan pembeli, jika berminat anda boleh terus berurusan dengan beliau:
untuk sebarang tempahan dan pertanyaan
boleh terus menghubungi

TerBaiK Di KeDaI KaKak TeMpOyAk IkaN PatiN (SanGKar Sg) Nd Kari AyaM KmPuNg

di sini saya ingin berkongsi bersama anda antara menu yang terbaik di kafe impian selera kakak yang berada di lebuh raya pantai timur. iaitu laluan utama pluss antara kuala lumpur ke kuantan..

menu istimewa di kedai ini adalah ikan patin masak tempoyak yang sangat sinonim dengan citarasa orang negeri pahang. ia di masak dalam periuk yang berada di hadapan kedai dan sentiasa berada dalam suhu panas. memandangkan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengunjung yang singgah di RNR gambang(kuantan) menyebabkan ia di masak dari pagi 9am-9pm. harga seketul antara rm6-7 ringgit. harga bukan menjadi ukuran kepada pengunjung memandangkan mereka yang pernah menikmati hidangan patin sangkar berpuas hati kerana memenuhi selera mereka.

selain itu, menu ikan bakar dan juga gulai kari ayam kampung sudah sinonim dengan pengunjung tetap yang datang ke kedai.mereka berasa puas hati dengan masakan yang disediakan di kedai ini. kebiasaannya kedai ini menerima tempahan untuk acara konvoi, majlis keramaian, dan pelbagai lagi.

bagi anda dari kuala lumpur yang melalui laluan lebuh raya ke pantai timur jangan ketinggalan singgah di gerai no 6 kafe impian selera untuk merasai sendiri gulai tempoyak ikan patin, kari ayam kampung, ikan bakar special, gulai rebung, jantung pisang masak lemak dan lain-lain.

sebarang tempahan atau pertanyaan
anda boleh terus menghubungi

LikU-LiKu KeHiDuPaN...

kata orang masa yang berlalu tak akan kembali lagi, begitulah dengan kehidupan kita seharian..sebagai seorang insan kita tidak terlepas dari mengecap nikmat kebahagiaan dan kekecewaan. permasalahan itu bukanlah alasan untuk kita tidak terus maju ke depan dan menggorak langkah lebih jauh.

saban waktu kita sentiasa di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan, semua itu merupakn liku-liku yang harus ditempuhi setiap insan.setiap kegagalan adalah kunci kepada sebuah kehidupan yang lebih baik..kesungguhan mereka yang mengejar kejayaan adalah satu fenomena yang sangat baik. kata orang "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya".

janganlah mudah mengaku kalah dan lemah ekoran kekecewaan atau kegagalan masa lampu, namun jadikan ia sebagai pengajaran dan sempadan dalam melayari kehidupan pada masa akan datang. percayalah bahawa setipa orang tidaka kan terlepas dari melakukan khilaf sesungguhnya manusia itu lemah sifatnya.

mereka yang kuat semangat adalah mereka yang luar biasa dan berdedikasi untuk berjaya, ayuhlah kita bangkit dan bersama-sama menjadi insan yang kuat material dan spritualnya. semoga coretan saya ini memberi semangat kepada anda yang membacanya..

SaLam PeRkEnALaN....

assalamualaikum dan salam sejahtera,
pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya, rasanya hampir 2 tahun saya tidak mengakses blog ini dengan sempurna. jadi dikesempatan ini juga saya akan cuba menjadikan blog ini sebagai tempat untuk kita sama-sama berkogsi maklumat dan pandangan..